Pages

Monday, November 21, 2011

LATIHAN LITAR


Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T. Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England.
Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri ataudalam satu litar.Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana melibatkan otot-otot yang berlainan.

Objektif latihan
i.        Meningkatkan daya tahanotot
ii.        Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.
iii.        Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan
iv.        Membina daya tahan kardiovaskular

Rasional
i.        Latihan berasaskan prinsip lebihan beban
ii.        Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak
iii.        Jangka latihan singkat
iv.        Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian
v.        Memberi kebebasan kepada individu berlatih mengikut kemampuannya
vi.        Keputusan cepat diperolehi.

Prinsip Latihan
i.        Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif
ii.        Kaedah perlakuan mestilah betul dan diselaraskan
iii.        Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang sama
iv.        Peserta melakukan aktiviti secara berterusan

Aktiviti latihan litar
i.        Bangun tubi
ii.        Tekan tubi
iii.        Lari ulang alik
iv.        Burpee
v.        Skipping
vi.        Lompat selang seli (alternate split jump)
vii.        Jack knife
viii.        Angkat kaki


Langkah-langkah keselamatan
 Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian supaya atlit kita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti secara berterusan.
1.    Aktiviti tidak menyakitkan.
2.    Pergerakan sendi hingga ke tahap maksima.
3.    Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan.
4.    Pakaian sesuai.
5.    Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta.
6.    Intensiti yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan. 

1 comments:

Cikgu Salamiah Ibrahim said...

Seronok juga tambah pengetahuan..
dulu kat maktab pj tu minor je
kena ajar kkat sekolah mula asyik suruh budak main bola jer

Post a Comment